Kerjaya muzik DJ_Fuzz

DJ Fuzz (berbaju biru) ketika bersama Teh Tarik Crew pada awal kemunculannya.

DJ Fuzz memulakan kerjaya muzik pada 1999 dengan menjadi DJ apabila beliau memohon ke Playaz Universe, sekolah DJ pertama Malaysia. Beliau seterusnya menganggotai Kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, Altimet dan Fiquetional. Sepanjang bersama kumpulan ini, DJ Fuzz menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2001) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu berpecah pada 2007, beliau memulakan kerjaya muzik secara solo.

Pada tahun 2005, DJ Fuzz menerbitkan album solo pertamanya, Mixology dan atas sambutan yang memberangsangkan, beliau menubuhkan Mixology Deejay Academy bagi yang berminat belajar menjadi deejay. Lagu-lagu ciptaan beliau juga telah memperkenalkan penyanyi terkenal dalam persada muzik tempatan dan telah dinyanyikan oleh penyanyi ternama yang mendapat sentuhan karya beliau termasuk Waris, Malique, Mark Adam, Juzzthin dan Wani Kayrie.

Beliau merupakan pemenang dua kategori iaitu Album Terbaik Hip Hop dan Lagu Terbaik Hip Hop di Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu "Cerita Kedai Kopi" dengan kolaborasi bersama Malique.